Thursday, July 12, 2012

3 Tahun Dengan Herbalife...

Alhamdulillah, pada bulan Mei yang lalu genaplah 3 tahun kami menggunakan produk Herbalife. Kami berasa amat bersyukur kerana telah diperkenalkan kepada Herbalife oleh Cikgu Razak & Kak Norlela. Kami tak sedar pun dah 3 tahun sehinggalah balik dari Extravaganza di Singapura kami buka sampul surat dapat pin 3 Year & Supervisor!!!



Hebat betul Herbalife. Masa 1 tahun kami dapat pin 1 Year. Sekarang 3 tahun diorang beri pin 3 Year! Wow! Siap dengan surat penghargaan dari CEO Herbalife lagi iaitu Michael O Johnson dari US! Memang Herbalife a great company. Dia tahu hargai orang.

Hari ini kehidupan kami telah bertambah lebih sihat. Bukan sahaja dapat menguruskan berat badan dengan lebih baik tetapi kami juga tahu kami boleh menjaga kesihatan kami dan keluarga dengan lebih baik melalui pemakanan yang sihat. Hari ini kami menggunakan hampir semua produk Herbalife!

Pagi, sebelum sarapan kami ambil aloe vera. Kemudian ambil shake F1 + F3 diikuti dengan tea mix sepanjang hari. Kami juga ambil omega 3 fish oil dan juga calsium. malam sebelum tidur minum night works. Alhamdulillah, berat badan dah turun 10kg & cholesterol turun dari 6.5 ke 5.5. Semuanya tanpa ubat dan senaman yang minima :) Maklumlah sibuk! Sebenarnya alasan. Tapi takpe azam baru nak excercise lebih.

Tahun ini alhamdulillah, keluarga kami pun sudah start ambil Herbalife. Kami rasa seronok sangat sebab kita ada peluang luar biasa ini untuk bantu keluarga & rakan-rakan jadi sihat. Sekarang kalau orang singgah rumah kami bancuh shake. Anak-anak kami pergi sekolah pun bawa shake dan tea mix. Paling best semalam anak kami Aiman, Cikgu dia panggil suruh Aiman inform kami minta kami call Cikgu dia sebab nak cuba Herbalife. Jadi hari ini Aiman terpaksa bawa business card Herbalife kami.

Dekat ofis, kawan kami Ali Boualili seoarang bangsa Perancis juga mengakui salah satu masalah paling besar di dunia sekarang adalah kegemukan! Dia pun berminat nak cuba Herbalife :)

Sekarang ni memang betul.... orang mula sedar tentang kesihatan, insyaAllah ramai yang mencari. Kita kena berkongsi. Shake & share! :)

Jom kita sihat & jom kita tolong semua orang jadi lebih sihat. InsyaAllah.