Alhamdulillah, hari ini kami berpeluang menghadiri sesi Majlis Muafakat Ibubapa & Guru UPSR 2013 SK Bukit Pantai. InsyaAllah puteri kami, Amira Elina akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Sudah besar dia. Cepat sungguh masa berlalu. :)
Alhamdulillah sekolah anak kami ini amat bersemangat, baru minggu kedua sudah ada ujian prestasi dan diadakan majlis ilmu & muafakat seperti ini. Tahniah kepada pihak sekolah & semua ibubapa yang hadir. InsyaAllah kita akan ushakan yang terbaik.
Bagi kami sekeluarga, santapan ilmu pada hari ini amat baik kerana kami berpeluang mendengar perkongsian dari Dr Abdol Aziz Samat, Pengurus Besar Akademi Minda Bistari. Beliau seorang graduan Universiti Malaya dan telah banyak membuat penyelidikan tentang bagaimana kebijaksanaan seseorang adalah bergantung kepada pemakanan khususnya nutrisi yang baik.
Berdasarkan kajian yang dilakukan kepada pelajar-pelajar bijak pandai seluruh negara yang mana IQ dan CQ mereka tinggi dan luar biasa didapati, pemakanan mereka dan juga apa yang ibu mereka makan semasa mengandung memainkan peranan. In fact hampir kesemua menunjukkan hasil yang sama. SubhanAllah!
Menurut Dr, antara perkara paling penting untuk minda pelajar adalah Oksigen yang ada di dalam otak kita. Di dalam otak kita ada Neuron yang mula diaktifkan seawal 1 bulan kita berada dalam perut ibu kita. Ini semua adalah melalui DNA kita dan disalurkan maklumat melalui saluran darah. Apabila saluran darah kita bersih maka maklumat akan sampai kepada neuron kita dengan lebih baik dan hasilnya adalah seorang anak atau manusia yang lebih bijak. Antara pembersih darah yang paling penting adalah OMEGA yang boleh didapati dari ikan laut atau telur dan LEBIH MUDAH LAGI DARI HERBALIFE OMEGA 3 FISH OIL :)
Itu sebab kalau kita tengok keputusan peperiksaan, negeri Terengganu paling cemerlang kerana students mereka banyak makan ikan! Ikan di sana kaya dengan OMEGA :)
Dr Abdol , menyatakan ada 22 galian yang diperlukan oleh badan & minda kita. (Semuanya ada dalam Formula 1 kita!). Dia kongsi 3 yang penting dulu:
1. Zat Besi - Sayur bayam atau spinach kaya dengan zat besi yang penting untuk membantun pengaliran darah. Itu sebab kalau ibu mengandung, gerenti doktor akan bagi iron atau zat besi. Salah satu tumbuhan di Malaysia yg banyak zat besi adalah PEGAGA. Alhamdulillah, bapa kami ada hadiahkan 1 pasu pokok pegaga kepada kami. hari-hari boleh petik buat ulam makan dengan nasi. Mungkin nanti boleh experiement blend bersama Formula 1 :). Menurut Dr Abdol, kandungan zat besi dalam pegaga adalah 22 kali lebih banyak! Jadi makanlah pegaga. Untuk anak-anak kena cari cara kreatif utk mereka mahu makan.
2. Magesium
3. Vitamin B-Complex - ini banyak ada dalam kacang soya, kismis dan buah kurma yang lembap. Tempe dan tahu juga banyak.
Dr Abdol juga berkongsi tentang 4 musuh otak yang boleh ganggu minda kita utk ingat perkara yang dipelajari:
1. Caffeine - terutamanya dalam air gas! Semua air gas ada Caffeine, paling bahaya adalah Red Bull! Coklat juga banyak caffeine terutamanya Ferrero Rocher :) Kalau nak minum atau makan Caffeine pastikan dicampurkan dengan susu.
2. Jangan ketawa melampau-lampau selepas belajar/ulangkaji - jadi kita jangan buat lawak sampai anak-anak kita bergolek-golek ketawa atau tonton Maharaja Lawak selepas ulangkaji, habis semua ilmu hilang.
3. Jangan bawa masalah dalam tidur - pastikan kita bersih sebelum tidur dan jangan layan hp sebelum tidur, seperti panggilan telefon & sms. Tidur adalah masa untuk ita berehat.
4.Jangan cepat panik atau menggelabah - kita mesti belajar untuk sentiasa tenang dan bersabar.
InsyaAllah kita cuba usahakan, salah seoarang ibubapa kemudian ada berkongsi tentang nutrisi atau pemakanan yang sihat kita boleh ambil SAKTI iaitu
S - Sayur
AK - Air Kosong
T - Telur
I - Ikan
Dan kalau kita lihat semuanya ada dalam Herbalife! InsyaAllah kita boleh berkongsi. Untuk kami sendiri kami sudah mula berkongsi dengan parents kawan-kawan anak kami & alhamdulillah ada yang sudah mula gunakan produk.
Misi kita mudah nak bantu semua orang jadi lebih sihat & lebih baik.
Herbalife - Changing People's Lives
Untuk maklumat lanjut sila ke http://peaklifestyle.com/real/coi
No comments:
Post a Comment