Ini kami just nak share apa yang kami belajar semasa STS di Marriot Putrajaya kelmarin tentang meruncit & tindakan susulan. Topik ini telah disampaikan oleh adik Nurfarahin Farhan yang baru berusia 20 tahun dan kini seorang Active World Team!
Adik Nurfarahin berasal dari JB dan mula Herbalife pada usia 18 tahun sahaja selepas SPM! SPM results amat baik semua A kecuali 1 B. Seoarng pelajar cemerlang yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dan telah dipanggil untuk menyertai PLKN tetapi dia pilih untuk buat Herbalife!
Sebelum Herbalife, dia overweight dan ada masalah kesihatan seperti asthma, period pain dan resdung. Selepas mula dengan Herbalife, alhamdulillah dia berjaya turun 15kg & hilang semua masalah kesihatan. Wow! Alhamdulillah!
So kenapa Retail? Retail atau meruncit atau bahasa mudahnya menjual & mempromosi produk Herbalife adalah penting untuk kita mendapatkan 4 perkara berikut:
1. Tunai atau Cash Flow untuk perniagaan kita.
2. Untuk mendapatkan cerita baru melalui pelanggan baru kita. Testimoni.
3. Mencari pengedar berpotensi untuk menyertai organisasi kita, biasanya mereka adalah pengguna yang suka dengan produk dan sudah dapat kesan dari produk. Menurut Kapten Saiful, kebanyakkan DIAMOND datang dari pengguna. YOU must LOVE the products! Tetapi LOVE sahaja tak cukup tapi mesti guna produk. Become the product of the products.
4. Ianya merupakan asa pembinaan bisnes yang stabil.
Jadi bagaimana meruncit? Senang saje. Ada 3 langkah yang semua orang buat. Tak kira anda siapa. MUDAH & SENANG. Kita cuma perlu:
1. Guna produk - Hari ini setiap hari kami ambil 8 produk Herbalife iaitu F1, F3, Aloe Vera, Tea Mix, NRG Tea, Omega 3 Fish Oil, Calcium dan NW! Itu baru inner. Untuk outer kami guna skin care, hair care, face quencher dan banyak lagi! Memang seronok. Keluarga kami sahaja guna 500 VP setiap bulan :)
2. Pakai Butang - Mula-mula memang kekok jugak tapi macamnilah, pakai ajelah. GERENTI ada orang tanya. Bila orang tanya kita bagi flyer atau biz card. itu semua mesti ada bersama kita sentiasa. Kadang2x kelakar sebab kita tahu orang tengah baca butang kita tapi dia tak berani nak tanya. Cubalah, ianya satu pengalaman baru. Percayalah!
3. Cakap dengan ramai orang - Kita punya kerja senang aje. Kita berkongsi kebaikan. Dan yang seronoknya Herbalife ni kita boleh share dengan semua orang tak kira umur, jantina, kedudukan, agama atau apa saje sekalipun. semua orang memerlukannya sebab Herbalife adalah makanan dan bukan ubat. makanan sihat untuk semua :)
Cara paling bagus untuk berkongsi adalah dengan cerita pengalaman sendiri atau pinjam cerita orang lain yang kita dengar. itu pentingnya menghadiri HOM, STS, Spectacular & Extravaganza. Dari events kita boleh dapat banyak cerita yang mungkin boleh tolong famili & kawan-kawan kita semua. InsyaAllah, Selalu share sebelum dan selepas.
Kalau orang bagi argument atau cakap perkara negatif kita just jawab macam ini...
'Saya tidak tahu, apa yang saya tahu adalah (cerita anda) saya dan keluarga sudah ambil Herbalife sejak 2009. Saya sudah turun 8 kg dalam 3 bulan, isteri dan anak-anak saya sihat dann bertenaga & orang selalu terkejut bila bertanya tentang umur kami'. Just beritahu kisah benar anda. :)
Kita mesti jaga customer kita, pastikan mereka dapatkan results. InsyaAllah kalau mereka guna produk dengan cara yang betul GERENTI dapat results. selalu jadi masalah bila mereka tak guna dengan betul dan tiada disiplin. jadi kitalah yang kena tolong mereka. InsyaAllah kita cuba bersama.
No comments:
Post a Comment